Wednesday, May 28, 2014

KEMPEN KESEDARAN KANSER PAYUDARA UKM 2014


Assalamua'laikum.

Saya teringin untuk berkongsi aktiviti pada semester ini yang telah saya dan kawan-kawan selesaikan baru-baru ini. Iatu Kempen Kesaran Kanser Payudara UKM 2014 di SMK Cheras Jaya pada 26 Mei 2014 yang lalu.

Kempen ini melibatkan pelajar-pelajar menengah atas dan menengah bawah iaitu tingkatan 5 dan tingkatan 2. Dimana kempen ini diajlankan sebanyak 2 sesi pagi dan petang. Bertemakan "pink out ppukm" dengan membawa objektif mendedahkan pengetahuan berkaitan kanser payudara bagi memupuk kesedaran awal pada peringkat remaja.

Apa yang menarik tentang kempen kami?

Kempen ini mengandungi dua slot iaitu slot "talk" dan slot "action". Dimana pemberi taklimat akan menerangkan berkaitan kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara. Kemudia, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti aktiviti di setiap "booth". "Booth" yang diwujudkan adalah "photobooth", pameran, "tree of hope", dan "breast self examination demonstration".

Bagi booth "photobooth", pelajar berpeluang untuk bergambar bersama fasilitator masing-masing dan juga bersama kawan-kawan mereka. Manakala, pameran akan memaparkan informasi berkaitan kanser dengan lebih jelas dan dekat dan dibantu dengan penjelasan daripada fasilitator, "tree of hope" meruupakan luahan hati pelajar terhadap kanser payudara, dan "breast self examination" memberi peluang untuk pelajar mempelajari teknik yang tepat memeriksa payudara dengan menggunakan patung demonstrasi khas untuk kanser payudara.

Berikut saya kongsikan beberapa gambar kenangan aktiviti ini.















Tree of hope


pameran

breasts self examination demonstration


photobooth




No comments:

Post a Comment