Assalamua'laikum.
Untuk entri kali ini. Saya ingin berkongsi dengan kalian semua berkenaan alatan perubatan yang pada mata saya kelihatan canggih dan terkini. Namun tidak pula saya tahu apa pendapat kalian tentang alat-alat ini.. adakah ianya memang canggih.. Terima kasih.. :)))
1.Spirometer Kawalan Komputer CCS-200 (CCS-200 Computer Controlled Spirometer)
Spirometer adalah satu alat yang digunakan untuk mengesan
tahap pernafasan atau kapasiti pernafasan bagi mereka yang mempunyai masalah
berkaitan paru-paru ataupun sesudah menjalani
pembedahan yang memberi kesan kepada sistem pernafasan seperti pembedahan
jantung dan perut.
- Spirometer ini akan menghasilkan keputusan yang tepat dan menghasilkan rajah spirogram berulang bagi kegunaan NIOSH program berkala. Pelekap mulut pakai buang mudah untuk dipasang dan dibuang dengan hanya menekan butang.
- Dengan menggunakan perisian data computer untuk “Windows” memudahkan operator untuk menentukan perulangan, tahap latihan pernafasan dan mengesan kesilapan ketika ujiann atau latihan dilakukan.
- Spirometer ini dapat membandingkan kesemua keputusan sebelumnya secara automatik dengan menetapkan beberapa ramalan keputusan yang lebih tearah kepada nilai yang normal untuk analisis.
- Dengan menyambungkan kepada komputer, data yang yang dapat dipaparkan adalah graf “flow/volume and volume/time” , penentuan FVC dan FEV1.
- Kalibrasi secara automatik setiap hari.
- “Window” yang boleh digunakan bersama adalah Windows 8 (32 atau 64-bit), 7 (32- atau 64-bit), Vista SP2 (32- dan 64-bit), atau XP SP3, 1.4 GHz atau “processor” tahap tinggi, 512 MB (XP) atau 1 GB (Vista/7/8) RAM minimum, 1 GB percuma HDD.
2. Alat Bantuan Pernafasan ( HAMILTON S1 )
Dewasa ini Malaysia semakin membangun di dalam bidang
perubatan rawatan kritikal yang semakin banyak dapat membantu menyelamatkan
nyawa pesakit. Di Eropah, alat bantuan pernafasan jenama Hamilton S1 ini telah
digunakan bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Namun di Malaysia, hanya Pusat Perubatan UKM yang telah
menggunakan alat bantuan pernafasan jenis ini. Ternyata, alat bantuan
pernafasan ini sangat canggih dan memudahkan pergerakan perawatan jururawatan
dan doktor.
Alat ini memberi bantuan pernafasan automatik secara
menyeluruh dan melindungi paru-paru daripada menerima tekanan atau “volume”
udara yang terlalu tinggi. Mengurangkan kesilapan-kesilapan teknikal yang
mungkin berlaku dan dapat membetulkan secara automatik. Selain itu, alat ini
akan memberi kiraan automatik tekanan dan “volume” yang dieprlukan oleh
pesakit. Alat ini adalah alat yang bagus untuk membantu mempercepatkan proses
pemulihan paru-paru pesakit. Dengan menggunakan teknologi “touchscreen” dan
“alarming” memudahkan staf untuk memantau dengan lebih mudah dan jelas pada
setiap masa.
3. Kit Discaj Pesakit (Hopkins® CHF Patient Discharge Kit)
Kit ini diciptakan khas untuk memudahkan pesakit yang mengalami masalah jantung " Congestive heart failure". Komponen penting penciptaan kit ini adalah untuk mengurangkan kebarakngkalian pesakit untuk kerap masuk wad dan meningkatkan komitmen terhadap pengambilan ubat dan penurunan berat badan.
Kit ini mengandungi Skala Digital Hopkin dan Kit Ubatan Pesakit.Pesakit dengan masalah jantung perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pengambilan ubat. Mereka perlu menepati masa untuk setiap ubat. Kit mudah dibawa kemana-mana ini memudahkan pesakit.
4. Pengepam Susu Ibu Elektrik( Lansinoh Affinity Pro 2in1 Elecric Breast Pump)
Pam ini boleh digunakan secara "single" atau "double" dan mempunyai dua fasa yang berbeza untukmenggalakan penghasilan susu. Fasa yang pertama, proses pengepaman yang laju untuk merangsang kalenjar susu dan meningkatkan kadar aliran susu. Fasa yang kedua, proses pengepaman yang agak perlahan dan lebih dalam untuk memaksimumkan penghasilan susu. Reka bentuk yang selesa dengan adanya kusyen lembut untuk melindungi sekitar tisu payudara memberikan keselesaan untuk mengepam susu. Pemegang botol susu yang lebih memudahkan tanpa perlu memegang botol memudahkan ibu dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.
5. Aplikasi Trek Gait Telefon Mudah Alih (Gait Track Smartphone Application)
Aplikasi ini adalah aplikasi medikal yang digunakan untuk menilai secara automatik cara berjalan individu (gait). Cara berjalan seseorang boleh melambangkan kepada sesetengah penyakit seperti masalah koordinasi. Kaedah ini memerlukan ujian berjalan selama 6 minit. Aplikasi ini juga boleh mengesan kadar nadi individu dan tahap oksigen individu tersebut selagi mana individu itu membawa telefon mudah alin bersama-sama. Pengkaji di Universiti Illinois telah mencuba aplikasi ini pada 30 pesakit yang menghidapi "Chronic Obstructive Pulmonary Disease" dan mendapati aplisaki ini meberikan keputusan yang tepat.
6. Olympus Endocapsule 10 System
Pil yang dilengkapi dnegan sitem kamera untuk ditelan bagi memudahkan melihat keadaan usus. Selepas menelan pil ini, peskait akan memakai satu tali pinggang antena di kawasan perut dan akan menerima "wireless video" daripada pil tersebut. Memberikan 160 darjah keluasan pemandangan dan ketahan bateri selama 12 jamdan tali pinggang antena yang boleh dipakai di luar baju. Alat yang sangat canggih dengan skrin pandangan 3D memudahkan untuk menganalisis keadaan usus.
7. Wireless Blood Pressure Monitor
Alat ini digunakan bersama-sama Android atau iPhone. Bentuk "cuff pressure" yang sangat inovatif dalam bentuk silinder dan mudah bentuk memudahkan pesakit untuk memasang sendiri tanpa bantuan. Hanya perlu muat turun aplikasi "Withings Healthmate" dan menghubungkan "bluetooth" antara alat dan aplikasi, tekanan darah dapat di cek dengan sendiri. Data akan dipaparkan di telefon mudah alih Android ataupun iPhone tersebut. Diluluskan oleh (Food and Drug Administration) di USA.
8. Welch Allyn OAE Hearing Screener
Alat digunakan untuk mengesan bagaimana rerambut di dalam kokhlea telinga respon terhadap bunyi. Ujian ini dilakukan kepada bayi yang baru lahir. Dengan teknologi canggih dan kecil memudahkan jururawat untuk melakukan ujian dengan hanya meletakkan prob ke dalam telinga bayi dan seterusnya menekan butang. Alat ini akan menghasilkan dua jenis tona suara dan mikrofon di dalam OAE akan mengesan respon terhadap suara. Sekiranya normal, alat ini akan memamarkan perkataan "pass" di skrin. Data boleh di alihkan melalui bluetooth dan boleh dicetak. Alat ini mengurangkan risko keputusan yang tidak tepat.
9. Covidien Kangaroo Feeding Tube with Integrated Camera
Tiub makan yang perlu dimasukkan ke dalam perut pesakit melalui hidung mempunyai risiko untuk memasuki laluan pernafasan sekiranya pesakit tidak boleh menelan dengan baik dan lebih lagi berisiko buat pesakit yang tidak sedarkan diri. Alat ini mempunyai kamera kecil sebesar 3 mm dihujung yang memberikan visual ketika tiub dimasukkan kedalam ke skrin. Alat ini sangat canggih dan membantu. Untuk mengelakkan komplikasi terhadap pesakit.
10. Microneedle Patches Untuk Pengambilan Vaksin Selesema
Pengkaji di Universiti Emory, telah membuat percubaan kepada pesakit untuk mengambil vaksin selsema secara sendiri dengan menggunakan teknologi jarum mikro ini. Dengan hanya perlu melekapkan "patches" ke kulit dan tidak menyakitkan lebih memudahkan pesakit mengambil vaksin.
No comments:
Post a Comment