Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca kupasan isu berkenaan Inovasi dan Teknologi dan Kejururawatan. Bagi menyelesaikan tugasan kali ini. Setiap individu pelajar perlu memilih satu tajuk berkaitan teknologi dan jurusan yang diambil. Maka untuk tugasan ini, saya telah memilih tajuk "Jururawat Celik Teknologi di Malaysia" untuk dikupas dengan lebih lanjut.
Jururawat dan teknologi pada zaman ini tidak dapat diasingkan lagi kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang semakin pesat membangun. Jururawat di Malaysia adalah di antara yang celik teknologi di peringkat global. Sepertimana negara-negara yang maju iaitu Australia, Abu dhabi, Amerika Syarikat, Jepun, Singapore dan Thailand. Jururawat Malaysia tidak ketinggalan untuk bergerak seiring dengan teknologi yang menjengah di Malaysia kini.
Walaupun pada era 90 an teknologi perubatan di Malaysia masih lagi baru, itu tidak dijadikan sebagai batu penghalang untuk jururawat di Malaysia ketinggalan dalam bidang teknologi. Ruang-ruang yang disediakan oleh pihak Kerajaan terutamanya boleh digunakan oleh para jururawat mempelajari ilmu dan kemahiran teknologi.Usaha yang dilakukan oleh pihak hospital itu sendiri sedikit sebanyak membantu para jururawat untuk mahir dalam bidang teknologi dan kejurawatan seperti sesi taklimat berkenaan isu semasa teknologi terbaru di Malaysia, kursus-kursus penggunaan alatan-alatan medikal dan elektronik di hospital serta demonstrasi oleh pihak kejuruteraan dan teknologi maklumat berkaitan sistem-sistem yang digunakan di hospital tersebut. Teknologi seperti scan dan x ray yang semakin canggih memberi ruang kepada para jururawat untuk mempraktikkan "continuous learning".Teknologi lain seperti teknologi dalam pembedahan telah pun meningkat naik terutamanya di PPUKM yang dulunya digelar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Teknologi-teknologi perubatan lain pada sudah ada pada ketika itu yang memerlukan keterlibatan jururawat adalah seperti mesin Elektrokardiogram ( ECG) dan mesin hemodialisis.
Mesin Hemodialisis |
Mesin Elektrokardiogram |
Jururawat bukan saja perlu memantapkan diri dengan "nursing theory and practice" tetapi perlu mencari ilmu pengetahuan tentang teknologi kerana teknologi telah mendominasi minda masyarakat di Malaysia. Dimana-mana sahaja teknologi mudah untuk didapati dan diakses. Masyarakat sudah boleh untuk mencari maklumat secara sendiri di internet melalui laman web Google ataupun Youtube.Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan jururawat dapat menguasai bidang teknologi perubatan di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, bapa pemodenan negara. Menggembleng tenaga untuk memajukan negara dari aspek Infrastruktur teknologi maklumat di dalam semua bidang seperti perindustrian, penyelidikan dan termasuklah juga bidang perubatan. Beliau berusaha untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden dan canggih untuk rawatan kesihatan di peringkat primer, sekunder ataupun tertiari. Selain itu, kemudahan-kemudahan latihan yang komprehensif untuk pelajar-pelajar prasiswazah dan pascasiswazah perubatan dan kejururawatan juga sudah mula mudah diakses untuk tujuan pembelajaran. Di PPUKM sendiri menyediakan perkhidmatan tele-perubatan bagi doktor-doktor surgeri yang memerlukan rujukan lanjut dan berhubung secara terus.
Matlamat Malaysia untuk mencapai target sebuah negara yang maju juga melibatkan jururawat-jururawat yang semakin kehadapan. Tahun berganti tahun, pelbagai teknologi moden dan canggih semakin bercambah di Malaysia. Komputer yang telah dimodifikasikan kepada saiz yang lebih mudah untuk dialihkan, komputer riba yang saiznya makin lama makin kecil, modem internet (broadband) dan telefon mudah alih (smartphone). Rakyat Malaysia semakin lama semakin mudah untuk mengakses segala jenis maklumat berkaitan dengan teknologi. Hal ini memudahkan para jururawat untuk membuat rujukan dalam mempelajari teknologi. Contohnya, tatacara penggunaan "smartphone" boleh didapati di internet samaada dalam bentuk penulisan PDF ataupun video di laman web YouTube. Lebih ramai remaja yang celik teknologi adalah lebih memudahkan kerana mereka dapat membantu para jururawat yang tidak mahir dalam asas-asas teknologi elektronik terutamanya penggunaan komputer. Kebiasaannya jururawat mempelajari teknik asas ini melalui anak-anak yang memperoleh ilmu sebegini di sekolah. Secara tidak langsung, peratus jururawat yang mahir dalam ilmu teknologi semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Komputer Riba |
Modem Internet |
Telefon Mudah Alih |
Status Elektroakrdigram Pesakit Berlainan Bilik |
Faktor penyumbang kepada peningkatan peratusan jururawat celik teknologi di Malaysia adalah pemangkin kepada peningkatan taraf perkhidmatan rawatan kesihatan di Malaysia. Apabila jururawat lebih maju, mereka akan lebih yakin dalam memberikan khidmat kesihatan kepada pesakit ataupun kepada masyarakat setempat. Faktor terbesar yang mungkin berlakunya 360 darjah transformasi teknologi adalah apabila sesebuah hospital itu tidak lagi menggunakan medium kertas dalam apa jua jenis dokumentasi. Segala-galanya bergantung kepada teknologi. Termasuklah memasukkan data pesakit, merancang pelan rawatan jururawat, prekripsi ubatan, penyimpanan maklumat ujian makmal dan diagnostik, serta pengawasan status tanda vital pesakit. Contohnya, di wad Unit Rawatan Koronari (CCU) yang akan mengawal status hemodinamik, pernafasan dan carta elektorkardiogram secara terus di kaunter tanpa perlu memantau pada setiap jam di setiap bilik. Pergerakan ini dipantau oleh jururawat yang mahir dalam bidang Kardiologi.
Jururawat memantau status hemodinamik di Kaunter |
Antara Hospital yang menggunakan konsep "paperless" iaitu tidak menggunakan medium kertas adalah Hospital Selayang dan Hospital Puttrajaya. Secara tidak langsung, jururawat yang bekerja di hospital ini perlu meningkatkan taraf ilmu dan kemahiran berteknologi dalam usaha meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Dengan adanya teknologi, pesakit lebih yakin terhadap perawatan yang diberikan. Mereka percaya bahawa dengan adanya teknologi, peratus untuk penyembuhan adalah tinggi. Contohnya, teknologi Radioterapi yang digunakan untuk rawatan penyakit Kanser memberi harapan yang tinggi kepada pesakit untuk sel-sel kanser tidak merebak kepada organ yang lain. Apabila jururawat celik kepada teknologi terkini yang ada, jururawat mampu memberikan khidmat nasihat kepada pesakit dan cadangan kepada pesakit berkaitan dengan rawatan.
Gagasan 1 Malaysia di yang dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan struktur teknologi perubatan di Malaysia. Apabila beliau mewujudkan perkhidmatan Klinik 1 Malaysia disetiap pusat transformasi luar bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk memudahkan pesakit luar bandar dan bandar mengakses rawatan kesihatan. Sebanyak 234 Klinik Satu Malaysia telah disediakan oleh pihak kerajaan di serata Malaysia. Jururawat di peringkat primer memainkan peranan yang penting untuk memberikan khidmat nasihat dan cadangan kepada pesakit yang memerlukan dimana mereka perlu mengetahui perkembangan semasa teknologi yang sedia ada dan yang terbaru.
RTC GOPENG |
UTC KUALA LUMPUR |
KLINIK 1 MALAYSIA DANAU KOTA |
Target kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan kesihatan kerana Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk berbuat demikian. Malah menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam keratan akhbar ABN News, Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi destinasi utama hab pelancongan kesihatan. Taraf pendidikan staf-staf kesihatan termasuklah para jururawat yang semakin ekstrim menyumbang kepada peningkatan potensi ini. Pelajar-pelajar yang mengambil kos intensif kejurawatan akan disediakan dengan kursus-kursus wajib berkaitan dengan teknologi seperti "Nursing Informatic" dan Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan dan Perubatan.Kursus-kursus sebegini mendedahkan pelajar kepada isu-isu teknologi dan menjana minda kreatif dan kritis. Pembentukan jati diri staf-staf kesihatan yang lebih mantap dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran akan lebih meningkatkan taraf kesihatan dan keuntungan dalam bidang kesihatan. Sejak tahun 2010, pertumbuhan bidang pelancongan kesihatan di Malaysia secara tidal langsung meningkat lebih 20 peratus dan pada tahun 2012, jumlah pendapatan yang berjaya dijana dalam sektor tersebut mencecah RM 600 juta. Ini kerana perbandingan harga pembedahan di Malaysia dan luar negara adlah lebih berbaloi dan bekualiti. Sebagai contoh perkhidmatan yang telah disediakan adalah pembedahan lutut, pembedahan pintasan jantung (by pass) dan pembedahan katarak. Jika dilihat, penglibatan jururawat dalam sektor ini adalah penting untuk memberikan rawtan kesihatan yang berkualiti dan membantu doktor-doktor pakar untuk menjalankan pembedahan penting. Maka penekanan terhadap kemahiran berkomunikasi melalui internet atau mini-konferens dan penggunaan teknologi-teknologi canggih adalah penting bagi jururawat.
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha meningkatkan taraf ilmu dan penggunaan teknologi telahpun mewujudkan laman web khas iaitu http://www.moh.gov.my/ untuk memudahkan para jururawat mengakses apa-apa maklumat terbaru. Yang terkini, mereka mewujudkan akaun Facebook untuk menyampaikan maklumat kepada jururawat, staf kesihatan yang lain serta kepada pesakit secara terus bagi mereka yang aktif melayari Facebook. Saya amat tertarik dengan usaha gigih ini kerana secara tidak langsung memudahkan dan menarik minat para jururawat untuk mengambil tahu. Sebagai contoh maklumat yang disediakan di laman web KKM adalah panduan pengawalan kesakitan (pain management). Laman web facebook - https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Jika dibandingkan dengan teknologi kejururawatan di Barat, Malaysia masih lagi perlu berlari lebih laju untuk mencapai status maju dalm bidang kejurawatan. Di Chiangmai, Thailand, sistem yang digunakan untuk tujuan pelan perawatan pesakit di wad medikal adalah bergantung kepada sistem pengkomputeran. Sistem perawatan kejururawtan di Hospital Ram Chiangmai adalah sangat tersusun dan boleh dijadikan contoh. Namun usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang di Malaysia.
Pada tahun 2009, Majlis Jururawat Malaysia menggunakan tema "Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti : Jururawat mendahului inovasi penjagaan" ketika sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei. Ini menampakkan kepekaan jururawat dalam teknologi dan inovasi dalam menyediakan rawatan yang berkualiti.Yang terbaru pada tahun 2014 ini, tema yang digunakan adalah " Nurses: A force to change - A vital resources for health". Ini melambangkan kehadiran jururawat adalah sangat penting dalam bidang perubatan dan kesihatan ini serta perubahan ke arah lebih baik adalah penting dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
Konklusinya, dalam era moden ini. Jururawat yang sedia ada dan yang baru semakin celik kepada ilmu dan kemahiran teknologi di Malaysia. Walaubagaimanapun, penekanan harus dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan kesemua jururawat di malaysia samaada di bandar mahupun di kawasn pedalaman Sabah dan Sarawak mempunyai ilmu yang padat dan tepat berkaitan teknologi dan perubatan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang pasti berkualiti. Jadilah jururawat yang berinovasi tinggi sepertimana Florence Nightingale yang menjadi pengasas kepada kewujudan jururawat di dunia dengan menciptakan hanya teori mudah yang akhirnya diolah dengan kreatif oleh tokoh-tokoh kejurawatan yang lainnya dengan matlamat mengharumkan nama kejurawatan di taraf dunia.
“Rather, ten times, die in the surf, heralding the way to a new world, than stand idly on the shore.” - Florence Nightingale
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNice info. Memang betul la ni kita semua jururawat mesti celik IT untuk sama-sama memajukan diri dan supaya tidak ketinggalan dan perlu ada budaya saing dengan negara2 maju. Pendedahan kepada kepentingan, pengetahuan dan penggunaan IT adalah trend masa kini bukan sahaja di bidang perubatan malah majoriti pada sistem-sistem pentadiran kerajaan di Malaysia khususnya urusan melalui online seperti e-health, internetbank,e-filling, informasi dll, ianya amat membantu,mudah, cepat, jimat masa dan kos.bak kata pepatah urusan dihujung jari. Sebagai Jururawat kita tak rugi belajar tu semua sebab ianya membantu tugasan harian disamping perfomance diri dalam pelbagai bidang yang kita ceburi supaya lebih informatif, efektif dan up to date. Saya bersetuju dengan memperkenalkan subjek Nursing Informatic dan Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan sebagai module utk program kejururawatan bagi memupuk pengetahuan asas dalam bidang teknologi dikalangan jururawat dan merpersiapkan diri mereka di bidang pekerjaan malah ianya amat berguna dan efektif untuk keperluan diri dalam mengharungi zaman teknologi yang berkembang dengan pesat seiring dengan kehidupan masa kini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenice (y)... teknologi mmg main perkara penting dlm usaha utk bgerak dlm arus pembangunan masa kini. cume ade satu aspek yg kurang d tekan kn dan nmpk agk ketara is "competency" jururawat utk kendalikan teknologi tu..
ReplyDeleteantara isu yg bantut kn n jd penghalang or xmeningkatkn performance in terms of technology yg ade:
1- jururawat yg tak mmpu "pick-up'' dgn tempo dev of technology (usually jururawat yg "senior")
2- expertise x guide/tutoring target people (jururawat) utk handle brg2 tu --> nurse x competence ah utk handle equipment "hi-tech".. klo troubleshoot,, xreti nk setel..
3- bebanan kerja lain yg "menggunung tak engt dunia" yg buat kn nurse x smpt belajar / jarang handle mesin / penuh dgn documentation
4- bkerja d disiplin yg jarang / x bnyk guna kn mesin..~
(y) hi-tech,, hi-tech juge,, deal dgn manusia nie jgn abaikn.. hehe
well done, saya sokong bahawa kemahiran menggunakan kemudahan ICT membantu dalam kerjaya jururawat.. banyak manfaat yang boleh diperolehi selain menjimatkan masa tetapi juga dapat mengurangkan kos yang terpaksa dikeluarkan untuk menyediakan tempat untuk menyimpan rekod-rekod pesakit (sekiranya masih menggunakan kertas untuk dokumentasi) . Oleh itu, kursus-kursus mengenai penguasaan teknologi khususnya dalam bidang kejururawatan haruslah dijalankan berperingkat -peringkat..
ReplyDeleteBro Muazzam. Saya sangat setuju. Sehebat mana usaha yang cuba kita lakukan, bebanan kerja, kekangan masa yang jururawat hadapi merupakan cabaran terbesar untuk mereka "keep update" dengan dunia semasa teknologi. Terima kasih atas "feedback".
ReplyDeleteSis Kursiah Musa. Saya pun setuju dengan adanya subjek sebeginilah akan membuka mata jururawat bahawa teknologi ini sangat penting utntuk diambil tahu dari masa ke semasa. :)))
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSis sara, sememangnya teknologi memudahkan kerja jururawat. Tidak dapat bayangkan kalau teknologi masih belum berkembang di Malaysia. Macam mana terbebannya kerja jururawat yang perluu berkejar kesana dan kemari.
ReplyDeleteWow panjangnya. Tapi bagus. Tak dapat disangkalkan teknologi sangat membantu semua jenis kerjaya terutama dalam bidang kesihatan. Sebagai seorang jururawat yang bakal berkhidmat, have to be prepare for more changes in technologies in futuree ;)
ReplyDeleteNur Fatin Binti Ramli A138012
Ya miss marchmeow. Sy setuju.. sebagai "student nurse" kita perlu bersiap sedia dengan cabran yang mendatang..
ReplyDeleteHuraian yang terperinci.
ReplyDeleteZaman moden memperlihatkan kepelbagaian teknologi baru dalam bidang perubatan..
Setiap peringkat organisasi perlu celik IT supaya dapat menyesuaikan diri dengan teknologi baru.
Terutama kepada jururawat, mereka perlu lebih mahir dalam mengendalikan perkakasan moden dan canggih supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih efektif.
bro alan tsukasa.
ReplyDeletesaya sangat setuju. kerana jururawat juga akan dijadikan rujukan untuk menggunakan alatan-alatan perubatan ni..
Good writing Lia. Pada pandangan saya, jururawat dan teknologi perubatan bukan pekara baru. Apa yang penting sekarang adalah teknologi infomasi melalui sesawang internet tanpa batasan ini. Walaupun ramai jururawat sudah celik IT, tapi mereka tidak pandai menggunakan kemudahan ini dalam meningkatkan pengetahuan sedia ada, dan juga menggunakannya dalam menyebarkan ilmu medikal/jagarawatan kepada orang ramai. Saya selalu tertarik dengan isu orang melayu celik IT tapi masih kurang aware about health education. Masih ramai masyarakat melayu kita terikat dengan kepercayaan sakit buatan orang, jin dan hantu instead of try to self learn about diseases, treatment, complication and care from internet...walaupun byk laman web yang menulis tentang penyakit dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Jadi, jururawat dan teknologi pada saya lebih kepada bagaimana jururawat menggunakan teknologi dalam menyampaikan ilmu... kerana dalam penjagaan pesakit, interaksi yang diperlukan lebih bukan hanya mengadap mesin (seperti yang muazam cakap) ;)
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletepertamanya tq atas info yang disampai... bg saya ianya masih dipertingkatkan..tidak dinafikan ianya sangat membantu dalam bidang kesihatan dan juga bidang lain. menjimatkan penggunaan kertas yang semakin hari meningkat. penebangan pokok juga mungkin meningkat, dan kepanasan juga mungkin meningkat..hihi. ye, sangat menjimatkan masa dan tenaga. mudah untuk semua pihak.perjalanan sesuatu prosedur semakin cepat.
tetapi bagi golongan jururawat yang berstatus veteran susah untuk celik IT, mereka hanya celik IT untuk sesuatu aplikasi yang sudah tersedia ada yang selalu sangat kerap digunakan tetapi malangnya aplikasi lain seperti membuat powerpoint. video, pamplet masih susah untuk mereka pantas belajar.. Pada pendapat saya, Mungkin pihak atasan perlu menyediakan bengkel atau seminar atau satu kursus khas berkenaan dengan IT untuk semua staf, selepas itu sediakan simulasi untuk mereka praktikkan dalam bidang kesihatan khususnya yang menggunakan IT.
teknologi yang sedia ada ini boleh kita jadikan salah satu medium dalam memberikan pendidikan kesihatan dan menyebarkan makluamat mengenai dunia perubatan dan kesihatan kepada masyarakat dengan lebih efisen dan sistematik.
sekian,,
MASINAWATI BINTI MOHAMMAD ZAINI
A137844
sharing yang menarik,, memang penggunaan IT sangat penting sekarang nie.. even kebanyakan hospital sudah ada yang mengamalkan konsep paperless hospital.. dan banyak juga kursus inovasi diadakan untuk pelajar dan jururawat itu sendiri bertujuan meningkatkan tahap IT mereka..tapi bagi saya bukan semua jururawat di Malaysia boleh dikatakan tahap penggunaan IT mereka sangat tinggi...ini kerana mungkin di sektor kerajaan ramai jururawat-jururawat veteran yang mungkin agak lambat sedikit tahap pemikiran mereka jika dibandingkan dengan golongan muda.. tambahan lagi jika kita bandingkan dengan jururawat di luar negara.. mereka sangat berpotensi,,sangat tersusun dan yang paling penting mereka sudah ada jawatan 'IT nurse' itu sendiri... maknanya tahap penggunaan IT di negara kita masih belum berada di tahap teratas... -ILHAM SYUHANA BT MOHD NAIN-A138301
ReplyDeleteHi hizra,
ReplyDeletebanyak info baru saya dapat dari maklumat yang dikongsi... pada pendapat saya, isu ict ini memang penting dan sering dibincang sejak belakangan ini. namun begitu, ramai lagi staf yang tidak peka terhadap isu ini. Mereka cuma menggunakan teknologi ini atas arahan dan bimbingan orang tanpa memahami konsep sistem tersebut. saya berasa bahawa setiap jururawat harus mempunyai kesedaran diri dan sentiasa memperkasa diri dengan ilmu ict dan teknologi yang baru yang dihasilkan ileh negara maju lain. Mereka juga patut menganggap bahawa ilmu yang diperoleh itu bukan sahaja digunakan dalam kerjaya mereka malah dalam kehidupan seharian, ia membawa manfaat kepada dirinya sendiri. contoh, jururawat itu boleh berkomunikasi dengan ahli keluarga dengan menggunakan teknologi yang canggih walaupun berada di trmpat yang berbeza dengan lebih cepat dan mudah. hal ini dapat meningkatkan kefahaman dan boleh memajukan lagi profesion jururawat ke tahap celik IT.
TAN JIA YEE A138200
Assalamualaikum cik hizra,
ReplyDeleteAmat menarik sekali penulisan anda. Banyak kepentingan jika mahir dalam ICT/teknologi ini kerana setiap sistem yang digunapakai di sekitar hospital memerlukan kecanggihan teknolgi bagi meningkatkan taraf kesihatan para pesakit. Hal ini juga mampu meningkatkan jangka hayat setiap pesakit. InsyaAllah.. Namun seperti kata-kata saudari Jia Yee, terdapat ramai jururawat yang tidak begitu mahir dalam menggunakan teknologi terkini di dalam hospital termasuklah diri saya. Tetapi hal ini tidak menghalang kami yang kurang mahir ini untuk belajar dan mengikuti program dan kursus ICT yang dianjurkan pihak pengurusan hospital kerana jika ada kemahuan, disitu ada jalan. Semoga saudari terus berkongsi penulisan anda yang menarik ini :D
FATIN AMIRA BINTI AHMAD A134117
Assalamualaikum lia,
ReplyDeleteKupasan isu yang menarik sekali. Pada masa kini hampir semua kerjaya/profesion bergantung kepada IT. Jadi, celik IT itu merupakan satu kemestian ketika bekerja terutamanya dalam bidang perubatan. Jururawat perlulah sentiasa peka dengan penggunaan alatan teknologi yang terkini supaya memudahkan mereka bekerja. Selain itu, dengan adanya pengetahuan mengenai teknologi tersebut, jururawat dapat melaksanakan tugas dengan cepat tanpa perlu mengambil masa berjam-jam ataupun perlu ke tempat-tempat tertentu untuk mengambil keputusan/data pesakit.
Tambahan pula, ada beberapa hospital di Malaysia yang lebih kehadapan telah mengaplikasikan ICT sepenuhnya tanpa menggunakan kertas bagi memproses data-data perubatan. Hal ini dapat membawa hospital di Malaysia berada antara hospital tercanggih dalam kalangan negara membangun dan setanding dengan negara-negara maju. Selain itu, kemudahan teknologi yang ada juga dapat memudahkan pesakit di hospital supaya tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
NURUL AIN AHMAD A138927
Hai semua, terima kasih kerana sudi untuk memberikan pandangan yang bernas berkenaan isu yang saya kupas. Saya tertarik dengan pandangan puan muliati dimana tak semua jururawat yang mempraktikkan ilmu pengetahuan ICT ini dalam "health education". Maka lebih ramai pesakit yang akan terus menggunakan rawatan alternatif tanpa merujuk pada rawatan hospital terlebih dahulu.
ReplyDeletePendapat Masinawati juga saya sokong, "Continuos Health Education" sentiasa dibuat setiap minggu. Tajuk-tajuk berkenaan ICT boleh dimasukkan juga bagi mendedahkan jururawat dengan ICT. Tajuk yang dipilih perlulah menarik dan bersesuaian dengan tahap kefahamandan mudah untuk dipraktikkan.
Ilham Syuhana, betul. Jika ingin dibandingkan dengan luar negara, Malaysia masih sedikit ektinggalan kerana di keabnyakan negara sudah wujud jawatan "Informatic Nurses" yang hanya menguruskan perihal sistem ICT di hospital. Alangkah majunya berbanding Malaysia. tapi saya yakin, jika jawatan itu dibuka di Malaysia, akan ramia jururawat yang mahir akan lahir.
Tan Jia Yee, benar pendapat anda saya sokong. Disebabkan ada sesetengah jururawta yang tidak sedar pentingnya ilmu ini maka tidak mempraktikkan ilmu ICT yang ada. Buats ekadar perlu saja. Tidak hairanlah kenapa ramai jururawat yang tidak "update" dengan internet tentang "health education".
Fatin Amira, smaa seperti TJ, dimana ada kemahuan disitu ada jalan, namun apda saya mungkin boleh diubah kerana semangat itu perlu dipupuk. Itu merupakans alahs atu tanggungjawab jururawat. Menyampaikan ilmu memalui pelbagai "sources".
Ain, tepat. Dengan adanya IT sangat meudahkan kerja jururawat. Mereka hanya perlu bergantung kepada teknologi untuk cek segala keputusan seperti keputusan darah. Maklumat yang perlu dismapaikan kepada pesakit dan keluarga dapat disalurkan dengan cepat. Pesakit dan keluarga akan bertambah yakin terhadap perawatan.
ICT sgt penting terutamanya di hospital sejajar dengan kemajuan teknologi. tetapi, perlu diingat bahawa sistem backup juga kena ada jikalau berlaku sebarang kecemasan atau kerosakan.
ReplyDeleteBetul, walaupun menggunakan teknologi. jururawat perlu bersiap sedia untuk segala kemungkinan sperti "system corruption" yang akan memungkinkan kehilangan data pesakit ataupun "system down" yang akan menyebabkan sistem tergendala.
Deletesalam.. isu yang menarik untuk dikupas.. bagi saya jururawat dengan teknologi harus ditekankan disebabkan sekrang Negara dalam usaha untuk memastikan hospital ialah mesra alam.. ataupun 'paperless university'. Setiap jururwat seharusnya mengambil tahu cara penggunaan teknologi dan penggunaan system di hospital supaya tiada masalah di hari kemudian :)
ReplyDeleteNor Hazwani binti Mohd Marzuki 138650
Betul, setiap hospotal menggunakan sistem yang berbeza. Terutamanya hospital swasta yang jauh lebih berteknologi berbanding hospital kerajaan.
Delete