Saya teringin untuk berkongsi aktiviti pada semester ini yang telah saya dan kawan-kawan selesaikan baru-baru ini. Iatu Kempen Kesaran Kanser Payudara UKM 2014 di SMK Cheras Jaya pada 26 Mei 2014 yang lalu.
Kempen ini melibatkan pelajar-pelajar menengah atas dan menengah bawah iaitu tingkatan 5 dan tingkatan 2. Dimana kempen ini diajlankan sebanyak 2 sesi pagi dan petang. Bertemakan "pink out ppukm" dengan membawa objektif mendedahkan pengetahuan berkaitan kanser payudara bagi memupuk kesedaran awal pada peringkat remaja.
Apa yang menarik tentang kempen kami?
Kempen ini mengandungi dua slot iaitu slot "talk" dan slot "action". Dimana pemberi taklimat akan menerangkan berkaitan kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara. Kemudia, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti aktiviti di setiap "booth". "Booth" yang diwujudkan adalah "photobooth", pameran, "tree of hope", dan "breast self examination demonstration".
Bagi booth "photobooth", pelajar berpeluang untuk bergambar bersama fasilitator masing-masing dan juga bersama kawan-kawan mereka. Manakala, pameran akan memaparkan informasi berkaitan kanser dengan lebih jelas dan dekat dan dibantu dengan penjelasan daripada fasilitator, "tree of hope" meruupakan luahan hati pelajar terhadap kanser payudara, dan "breast self examination" memberi peluang untuk pelajar mempelajari teknik yang tepat memeriksa payudara dengan menggunakan patung demonstrasi khas untuk kanser payudara.
Berikut saya kongsikan beberapa gambar kenangan aktiviti ini.
Untuk entri kali ini. Saya akan berkongsi gambar berkenaan tugasan mencipta satu barang bermanfaat daripada bahan terpakai. Untuk tugasan ini, saya menggunakan seluar jean sebagai medium utama, kotak, botol dan kekabu sebagai bahan sampingan. jom lihat apa yang saya buat.... :)
Kenapa saya namakan selipar ini "Friendly home slipper"?
Kerana selipar ini diperbuat daripada barangan terpakai. Fungsinya adalah untuk melindungi kaki daripada kotor. Kotak yang digunakan adalah berfungsi sebagai pembentuk selipar ini dan botol yang digunakan pula adalah untuk menyokong kotak itu dan mengelakkan daripada bahagian atas tapak kasut basah terkena air. Manakala bagi melembutkan dan menambah keselesaan saya menggunakan kekabu di bahagian atas tapak selipar.
dari pandangan tapak
dari pandangan sisi
dari pandangan sudut depan
dari pandangan atas
dari pandangan sudut belakang
contoh pemakaian
contoh pemakaian
Jika ada yang berminat untuk do it yourself slipper ini bolehlah rujuk di SINI dan SINI
Ikut kreativiti anda nak buat macam mana, saya guna jahitan tangan sepenuhnya..
Slipper ini tidak berapa kemas. So buatlah yang lebih kemas lagi ya..
Untuk tugasan di entri kali ini. Saya akan berkongsi 10 video menarik untuk anda semua but... I put more than 10 hehehe.. Beberapa daripada video ini adalah hasil "editing" saya sendiri. Semoga kalian mendapat informasi berguna dan terhibur. :))
Without Nurse
In her hand
Awesome baby movement
Penyakit asma
Rapper nurse song
Schizophrenia
Senyuman jururawat
Stop stigmatization
Amazing sanitizer
Mental Illness
A nurse save pilot's life
New portable ventilator
How mobile technology affect the quality of nursing care
Untuk entri kali ini. Saya ingin berkongsi dengan kalian semua berkenaan alatan perubatan yang pada mata saya kelihatan canggih dan terkini. Namun tidak pula saya tahu apa pendapat kalian tentang alat-alat ini.. adakah ianya memang canggih.. Terima kasih.. :)))
1.Spirometer Kawalan Komputer CCS-200 (CCS-200 Computer
Controlled Spirometer)
Spirometer adalah satu alat yang digunakan untuk mengesan
tahap pernafasan atau kapasiti pernafasan bagi mereka yang mempunyai masalah
berkaitan paru-paru ataupun sesudah menjalani
pembedahan yang memberi kesan kepada sistem pernafasan seperti pembedahan
jantung dan perut.
Spirometer ini akan menghasilkan keputusanyang tepat dan menghasilkan rajah spirogram
berulang bagi kegunaan NIOSH program berkala. Pelekap mulut pakai buang mudah
untuk dipasang dan dibuang dengan hanya menekan butang.
Dengan menggunakan perisian data computer untuk “Windows”
memudahkan operator untuk menentukan perulangan, tahap latihan pernafasan dan
mengesan kesilapan ketika ujiann atau latihan dilakukan.
Spirometer ini dapat membandingkan kesemua
keputusan sebelumnya secara automatik dengan menetapkan beberapa ramalan
keputusan yang lebih tearah kepada nilai yang normal untuk analisis.
Dengan menyambungkan kepada komputer, data yang
yang dapat dipaparkan adalahgraf
“flow/volume and volume/time” , penentuanFVCdan FEV1.
Kalibrasi secara automatik setiap hari.
“Window” yang boleh digunakan bersama adalah Windows
8 (32 atau 64-bit), 7 (32- atau 64-bit), Vista SP2 (32- dan 64-bit), atauXP SP3, 1.4 GHz atau “processor” tahap
tinggi, 512 MB (XP) atau1 GB
(Vista/7/8) RAM minimum, 1 GB percuma HDD.
2. Alat Bantuan Pernafasan ( HAMILTON S1 )
Dewasa ini Malaysia semakin membangun di dalam bidang
perubatan rawatan kritikal yang semakin banyak dapat membantu menyelamatkan
nyawa pesakit. Di Eropah, alat bantuan pernafasan jenama Hamilton S1 ini telah
digunakan bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Namun di Malaysia, hanya Pusat Perubatan UKM yang telah
menggunakan alat bantuan pernafasan jenis ini. Ternyata, alat bantuan
pernafasan ini sangat canggih dan memudahkan pergerakan perawatan jururawatan
dan doktor.
Alat ini memberi bantuan pernafasan automatik secara
menyeluruh dan melindungi paru-paru daripada menerima tekanan atau “volume”
udara yang terlalu tinggi. Mengurangkan kesilapan-kesilapan teknikal yang
mungkin berlaku dan dapat membetulkan secara automatik. Selain itu, alat ini
akan memberi kiraan automatik tekanan dan “volume” yang dieprlukan oleh
pesakit. Alat ini adalah alat yang bagus untuk membantu mempercepatkan proses
pemulihan paru-paru pesakit. Dengan menggunakan teknologi “touchscreen” dan
“alarming” memudahkan staf untuk memantau dengan lebih mudah dan jelas pada
setiap masa.
Kit ini diciptakan khas untuk memudahkan pesakit yang mengalami masalah jantung " Congestive heart failure". Komponen penting penciptaan kit ini adalah untuk mengurangkan kebarakngkalian pesakit untuk kerap masuk wad dan meningkatkan komitmen terhadap pengambilan ubat dan penurunan berat badan.
Kit ini mengandungi Skala Digital Hopkin dan Kit Ubatan Pesakit.Pesakit dengan masalah jantung perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pengambilan ubat. Mereka perlu menepati masa untuk setiap ubat. Kit mudah dibawa kemana-mana ini memudahkan pesakit.
4. Pengepam Susu Ibu Elektrik( Lansinoh Affinity Pro 2in1 Elecric Breast Pump)
Pam ini boleh digunakan secara "single" atau "double" dan mempunyai dua fasa yang berbeza untukmenggalakan penghasilan susu. Fasa yang pertama, proses pengepaman yang laju untuk merangsang kalenjar susu dan meningkatkan kadar aliran susu. Fasa yang kedua, proses pengepaman yang agak perlahan dan lebih dalam untuk memaksimumkan penghasilan susu. Reka bentuk yang selesa dengan adanya kusyen lembut untuk melindungi sekitar tisu payudara memberikan keselesaan untuk mengepam susu. Pemegang botol susu yang lebih memudahkan tanpa perlu memegang botol memudahkan ibu dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.
5. Aplikasi Trek Gait Telefon Mudah Alih (Gait Track Smartphone Application)
Aplikasi ini adalah aplikasi medikal yang digunakan untuk menilai secara automatik cara berjalan individu (gait). Cara berjalan seseorang boleh melambangkan kepada sesetengah penyakit seperti masalah koordinasi. Kaedah ini memerlukan ujian berjalan selama 6 minit. Aplikasi ini juga boleh mengesan kadar nadi individu dan tahap oksigen individu tersebut selagi mana individu itu membawa telefon mudah alin bersama-sama. Pengkaji di Universiti Illinois telah mencuba aplikasi ini pada 30 pesakit yang menghidapi "Chronic Obstructive Pulmonary Disease" dan mendapati aplisaki ini meberikan keputusan yang tepat.
6. Olympus Endocapsule 10 System
Pil yang dilengkapi dnegan sitem kamera untuk ditelan bagi memudahkan melihat keadaan usus. Selepas menelan pil ini, peskait akan memakai satu tali pinggang antena di kawasan perut dan akan menerima "wireless video" daripada pil tersebut. Memberikan 160 darjah keluasan pemandangan dan ketahan bateri selama 12 jamdan tali pinggang antena yang boleh dipakai di luar baju. Alat yang sangat canggih dengan skrin pandangan 3D memudahkan untuk menganalisis keadaan usus.
7. Wireless Blood Pressure Monitor
Alat ini digunakan bersama-sama Android atau iPhone. Bentuk "cuff pressure" yang sangat inovatif dalam bentuk silinder dan mudah bentuk memudahkan pesakit untuk memasang sendiri tanpa bantuan. Hanya perlu muat turun aplikasi "Withings Healthmate" dan menghubungkan "bluetooth" antara alat dan aplikasi, tekanan darah dapat di cek dengan sendiri. Data akan dipaparkan di telefon mudah alih Android ataupun iPhone tersebut. Diluluskan oleh (Food and Drug Administration) di USA.
8. Welch Allyn OAE Hearing Screener
Alat digunakan untuk mengesan bagaimana rerambut di dalam kokhlea telinga respon terhadap bunyi. Ujian ini dilakukan kepada bayi yang baru lahir. Dengan teknologi canggih dan kecil memudahkan jururawat untuk melakukan ujian dengan hanya meletakkan prob ke dalam telinga bayi dan seterusnya menekan butang. Alat ini akan menghasilkan dua jenis tona suara dan mikrofon di dalam OAE akan mengesan respon terhadap suara. Sekiranya normal, alat ini akan memamarkan perkataan "pass" di skrin. Data boleh di alihkan melalui bluetooth dan boleh dicetak. Alat ini mengurangkan risko keputusan yang tidak tepat.
9. Covidien Kangaroo Feeding Tube with Integrated Camera
Tiub makan yang perlu dimasukkan ke dalam perut pesakit melalui hidung mempunyai risiko untuk memasuki laluan pernafasan sekiranya pesakit tidak boleh menelan dengan baik dan lebih lagi berisiko buat pesakit yang tidak sedarkan diri. Alat ini mempunyai kamera kecil sebesar 3 mm dihujung yang memberikan visual ketika tiub dimasukkan kedalam ke skrin. Alat ini sangat canggih dan membantu. Untuk mengelakkan komplikasi terhadap pesakit.
10. Microneedle Patches Untuk Pengambilan Vaksin Selesema
Pengkaji di Universiti Emory, telah membuat percubaan kepada pesakit untuk mengambil vaksin selsema secara sendiri dengan menggunakan teknologi jarum mikro ini. Dengan hanya perlu melekapkan "patches" ke kulit dan tidak menyakitkan lebih memudahkan pesakit mengambil vaksin.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca kupasan isu berkenaan Inovasi dan Teknologi dan Kejururawatan. Bagi menyelesaikan tugasan kali ini. Setiap individu pelajar perlu memilih satu tajuk berkaitan teknologi dan jurusan yang diambil. Maka untuk tugasan ini, saya telah memilih tajuk "Jururawat Celik Teknologi di Malaysia" untuk dikupas dengan lebih lanjut.
Jururawat dan teknologi pada zaman ini tidak dapat diasingkan lagi kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang semakin pesat membangun. Jururawat di Malaysia adalah di antara yang celik teknologi di peringkat global. Sepertimana negara-negara yang maju iaitu Australia, Abu dhabi, Amerika Syarikat, Jepun, Singapore dan Thailand. Jururawat Malaysia tidak ketinggalan untuk bergerak seiring dengan teknologi yang menjengah di Malaysia kini.
Walaupun pada era 90 an teknologi perubatan di Malaysia masih lagi baru, itu tidak dijadikan sebagai batu penghalang untuk jururawat di Malaysia ketinggalan dalam bidang teknologi. Ruang-ruang yang disediakan oleh pihak Kerajaan terutamanya boleh digunakan oleh para jururawat mempelajari ilmu dan kemahiran teknologi.Usaha yang dilakukan oleh pihak hospital itu sendiri sedikit sebanyak membantu para jururawat untuk mahir dalam bidang teknologi dan kejurawatan seperti sesi taklimat berkenaan isu semasa teknologi terbaru di Malaysia, kursus-kursus penggunaan alatan-alatan medikal dan elektronik di hospital serta demonstrasi oleh pihak kejuruteraan dan teknologi maklumat berkaitan sistem-sistem yang digunakan di hospital tersebut. Teknologi seperti scan dan x ray yang semakin canggih memberi ruang kepada para jururawat untuk mempraktikkan "continuous learning".Teknologi lain seperti teknologi dalam pembedahan telah pun meningkat naik terutamanya di PPUKM yang dulunya digelar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Teknologi-teknologi perubatan lain pada sudah ada pada ketika itu yang memerlukan keterlibatan jururawat adalah seperti mesin Elektrokardiogram ( ECG) dan mesin hemodialisis.
Mesin Hemodialisis
Mesin Elektrokardiogram
Jururawat bukan saja perlu memantapkan diri dengan "nursing theory and practice" tetapi perlu mencari ilmu pengetahuan tentang teknologi kerana teknologi telah mendominasi minda masyarakat di Malaysia. Dimana-mana sahaja teknologi mudah untuk didapati dan diakses. Masyarakat sudah boleh untuk mencari maklumat secara sendiri di internet melalui laman web Google ataupun Youtube.Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan jururawat dapat menguasai bidang teknologi perubatan di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, bapa pemodenan negara. Menggembleng tenaga untuk memajukan negara dari aspek Infrastruktur teknologi maklumat di dalam semua bidang seperti perindustrian, penyelidikan dan termasuklah juga bidang perubatan. Beliau berusaha untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden dan canggih untuk rawatan kesihatan di peringkat primer, sekunder ataupun tertiari. Selain itu, kemudahan-kemudahan latihan yang komprehensif untuk pelajar-pelajar prasiswazah dan pascasiswazah perubatan dan kejururawatan juga sudah mula mudah diakses untuk tujuan pembelajaran. Di PPUKM sendiri menyediakan perkhidmatan tele-perubatan bagi doktor-doktor surgeri yang memerlukan rujukan lanjut dan berhubung secara terus.
Matlamat Malaysia untuk mencapai target sebuah negara yang maju juga melibatkan jururawat-jururawat yang semakin kehadapan. Tahun berganti tahun, pelbagai teknologi moden dan canggih semakin bercambah di Malaysia. Komputer yang telah dimodifikasikan kepada saiz yang lebih mudah untuk dialihkan, komputer riba yang saiznya makin lama makin kecil, modem internet (broadband) dan telefon mudah alih (smartphone). Rakyat Malaysia semakin lama semakin mudah untuk mengakses segala jenis maklumat berkaitan dengan teknologi. Hal ini memudahkan para jururawat untuk membuat rujukan dalam mempelajari teknologi. Contohnya, tatacara penggunaan "smartphone" boleh didapati di internet samaada dalam bentuk penulisan PDF ataupun video di laman web YouTube. Lebih ramai remaja yang celik teknologi adalah lebih memudahkan kerana mereka dapat membantu para jururawat yang tidak mahir dalam asas-asas teknologi elektronik terutamanya penggunaan komputer. Kebiasaannya jururawat mempelajari teknik asas ini melalui anak-anak yang memperoleh ilmu sebegini di sekolah. Secara tidak langsung, peratus jururawat yang mahir dalam ilmu teknologi semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Komputer Riba
Modem Internet
Telefon Mudah Alih
Status Elektroakrdigram Pesakit Berlainan Bilik
Faktor penyumbang kepada peningkatan peratusan jururawat celik teknologi di Malaysia adalah pemangkin kepada peningkatan taraf perkhidmatan rawatan kesihatan di Malaysia. Apabila jururawat lebih maju, mereka akan lebih yakin dalam memberikan khidmat kesihatan kepada pesakit ataupun kepada masyarakat setempat. Faktor terbesar yang mungkin berlakunya 360 darjah transformasi teknologi adalah apabila sesebuah hospital itu tidak lagi menggunakan medium kertas dalam apa jua jenis dokumentasi. Segala-galanya bergantung kepada teknologi. Termasuklah memasukkan data pesakit, merancang pelan rawatan jururawat, prekripsi ubatan, penyimpanan maklumat ujian makmal dan diagnostik, serta pengawasan status tanda vital pesakit. Contohnya, di wad Unit Rawatan Koronari (CCU) yang akan mengawal status hemodinamik, pernafasan dan carta elektorkardiogram secara terus di kaunter tanpa perlu memantau pada setiap jam di setiap bilik. Pergerakan ini dipantau oleh jururawat yang mahir dalam bidang Kardiologi.
Jururawat memantau status hemodinamik di Kaunter
Antara Hospital yang menggunakan konsep "paperless" iaitu tidak menggunakan medium kertas adalah Hospital Selayang dan Hospital Puttrajaya. Secara tidak langsung, jururawat yang bekerja di hospital ini perlu meningkatkan taraf ilmu dan kemahiran berteknologi dalam usaha meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Dengan adanya teknologi, pesakit lebih yakin terhadap perawatan yang diberikan. Mereka percaya bahawa dengan adanya teknologi, peratus untuk penyembuhan adalah tinggi. Contohnya, teknologi Radioterapi yang digunakan untuk rawatan penyakit Kanser memberi harapan yang tinggi kepada pesakit untuk sel-sel kanser tidak merebak kepada organ yang lain. Apabila jururawat celik kepada teknologi terkini yang ada, jururawat mampu memberikan khidmat nasihat kepada pesakit dan cadangan kepada pesakit berkaitan dengan rawatan.
Gagasan 1 Malaysia di yang dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan struktur teknologi perubatan di Malaysia. Apabila beliau mewujudkan perkhidmatan Klinik 1 Malaysia disetiap pusat transformasi luar bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk memudahkan pesakit luar bandar dan bandar mengakses rawatan kesihatan. Sebanyak 234 Klinik Satu Malaysia telah disediakan oleh pihak kerajaan di serata Malaysia. Jururawat di peringkat primer memainkan peranan yang penting untuk memberikan khidmat nasihat dan cadangan kepada pesakit yang memerlukan dimana mereka perlu mengetahui perkembangan semasa teknologi yang sedia ada dan yang terbaru.
RTC GOPENG
UTC KUALA LUMPUR
KLINIK 1 MALAYSIA DANAU KOTA
Target kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan kesihatan kerana Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk berbuat demikian. Malah menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam keratan akhbar ABN News, Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi destinasi utama hab pelancongan kesihatan. Taraf pendidikan staf-staf kesihatan termasuklah para jururawat yang semakin ekstrim menyumbang kepada peningkatan potensi ini. Pelajar-pelajar yang mengambil kos intensif kejurawatan akan disediakan dengan kursus-kursus wajib berkaitan dengan teknologi seperti "Nursing Informatic" dan Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan dan Perubatan.Kursus-kursus sebegini mendedahkan pelajar kepada isu-isu teknologi dan menjana minda kreatif dan kritis. Pembentukan jati diri staf-staf kesihatan yang lebih mantap dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran akan lebih meningkatkan taraf kesihatan dan keuntungan dalam bidang kesihatan. Sejak tahun 2010, pertumbuhan bidang pelancongan kesihatan di Malaysia secara tidal langsung meningkat lebih 20 peratus dan pada tahun 2012, jumlah pendapatan yang berjaya dijana dalam sektor tersebut mencecah RM 600 juta. Ini kerana perbandingan harga pembedahan di Malaysia dan luar negara adlah lebih berbaloi dan bekualiti. Sebagai contoh perkhidmatan yang telah disediakan adalah pembedahan lutut, pembedahan pintasan jantung (by pass) dan pembedahan katarak. Jika dilihat, penglibatan jururawat dalam sektor ini adalah penting untuk memberikan rawtan kesihatan yang berkualiti dan membantu doktor-doktor pakar untuk menjalankan pembedahan penting. Maka penekanan terhadap kemahiran berkomunikasi melalui internet atau mini-konferens dan penggunaan teknologi-teknologi canggih adalah penting bagi jururawat.
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha meningkatkan taraf ilmu dan penggunaan teknologi telahpun mewujudkan laman web khas iaitu http://www.moh.gov.my/ untuk memudahkan para jururawat mengakses apa-apa maklumat terbaru. Yang terkini, mereka mewujudkan akaun Facebook untuk menyampaikan maklumat kepada jururawat, staf kesihatan yang lain serta kepada pesakit secara terus bagi mereka yang aktif melayari Facebook. Saya amat tertarik dengan usaha gigih ini kerana secara tidak langsung memudahkan dan menarik minat para jururawat untuk mengambil tahu. Sebagai contoh maklumat yang disediakan di laman web KKM adalah panduan pengawalan kesakitan (pain management). Laman web facebook - https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Jika dibandingkan dengan teknologi kejururawatan di Barat, Malaysia masih lagi perlu berlari lebih laju untuk mencapai status maju dalm bidang kejurawatan. Di Chiangmai, Thailand, sistem yang digunakan untuk tujuan pelan perawatan pesakit di wad medikal adalah bergantung kepada sistem pengkomputeran. Sistem perawatan kejururawtan di Hospital Ram Chiangmai adalah sangat tersusun dan boleh dijadikan contoh. Namun usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang di Malaysia.
Pada tahun 2009, Majlis Jururawat Malaysia menggunakan tema "Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti : Jururawat mendahului inovasi penjagaan" ketika sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei. Ini menampakkan kepekaan jururawat dalam teknologi dan inovasi dalam menyediakan rawatan yang berkualiti.Yang terbaru pada tahun 2014 ini, tema yang digunakan adalah " Nurses: A force to change - A vital resources for health". Ini melambangkan kehadiran jururawat adalah sangat penting dalam bidang perubatan dan kesihatan ini serta perubahan ke arah lebih baik adalah penting dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
Konklusinya, dalam era moden ini. Jururawat yang sedia ada dan yang baru semakin celik kepada ilmu dan kemahiran teknologi di Malaysia. Walaubagaimanapun, penekanan harus dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan kesemua jururawat di malaysia samaada di bandar mahupun di kawasn pedalaman Sabah dan Sarawak mempunyai ilmu yang padat dan tepat berkaitan teknologi dan perubatan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang pasti berkualiti. Jadilah jururawat yang berinovasi tinggi sepertimana Florence Nightingale yang menjadi pengasas kepada kewujudan jururawat di dunia dengan menciptakan hanya teori mudah yang akhirnya diolah dengan kreatif oleh tokoh-tokoh kejurawatan yang lainnya dengan matlamat mengharumkan nama kejurawatan di taraf dunia.
“Rather, ten times, die in the surf, heralding the way to a new world, than stand idly on the shore.” - Florence Nightingale